Sesiapa yang membantu orang zalim dengan kebatilan

TEKS BAHASA ARAB

من أعان ظالما بباطل ليدحض به حقا فقد برئ من الله ورسوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membantu orang zalim dengan kebatilan supaya dia dapat melenyapkan kebenaran, maka dia telah terlepas daripada (tanggungan) Allah dan Rasul-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 104, hadis nombor 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه الطبراني في الكبير (11/ 215/ 11539) ، والحاكم (4/ 100) من طريق معتمر بن سليمان، قال: سمعت أبي يحدث عن حنش عن عكرمة عن ابن عباس مرفوعا به. قال الهيثمي في المجمع (4/ 205) : في إسناده حنش، وهو متروك، وزعم أبو محصن أنه شيخ صدق.
قلت: حنش هذا لقب لحسين بن قيس الرحبي، وقد تركه جماعة بل كذبه أحمد. فشهادة أبي محصن له لا تنفعه ولذا يُستغرب أن يقول الحاكم: حديث صحيح الإسناد. لكن حسين لم يتفرد بهِ؛ بل تابعه إبراهيم بن أبي عبلة عن عكرمة، عن ابن عباس مرفوعاً: من أعان ظالما بباطل ليدحض بباطله حقاً فقد برئ من ذمة الله عز وجل وذمة رسوله صلى الله عليهِ وآله وسلم. ومن أكل درهما من ربا فهوَ مثل ثلاثة وثلاثين زنية ومن بنت لحمه من سحت فالنار أولى بهِ. أخرجه الطبراني في الأوسط (1/ 191/ 2) وفي الصغير (1/ 82) وابن حبان في المجروحين (1/ 328) من طريق سعيد بن رحمة المصيصي، حدثنا محمد بن حمير عن إبراهيم بن أبي عبلة بهِ قالَ الطبراني: لم يروه عن إبراهيم بن أبي عبلة واسم أبي عبلة: شمر وقدْ قيل: طرخان والصواب: شمر إلا محمد بن حمير، تفرد بهِ سعيد بن رحمة. قلت: محمد بن حمير وثقه ابن معين، ودحيم، وتكلم فيه أبو حاتم بما لا يضر كثيراً إن شاء الله. أما سعيد بن رحمة، فقال فيه ابن حبان: لا يجوز الاحتجاج به لمخالفته الأثبات في الروايات. وساق له الذهبي هذا الحديث من مناكيره. وتابعه خصيف، عن عكرمة. أخرجه الخطيب (6/ 76) ومر قبل حديث. ورواه عمرو بن دينار، عن ابن عباس مرفوعاً: من أعان بباطل ليدحض بباطله حقاً فقد برئ من ذمة الله، وذمة رسوله. ومن مشى إلى سلطان الله ليذله، أذله الله مع ما يدخر له من الخزي يوم القيامة، سلطان الله: كتاب الله وسنة نبيه. ومن تولى من أمراء المسلمين شيئاً فاستعمل عليهم رجلاً وهو يعلم أن فيهم من هو أولى بذلك وأعلم منه بكتاب الله وسنة رسوله، فقد خان الله ورسوله وجميع المؤمنين ومن ترك حوائج الناس لم ينظر الله في حاجته حتى يقضي حوائجهم ويؤدي إليهم بحقهم، ومن أكل درهم ربا فهوَ ثلاث وثلاثين زنية، ومن نبت لحمه من سحت فالنار أولى بهِ. أخرجه الطبراني في الكبير (11/ 114/ 11216) ومن طريقه الشجري في الأمالي (2/ 229) من طريق أبي محمد الجزرى. وهو حمزة النصيبي عن عمرو بن دينار. قال الهيثمي (5/ 212) : فيه أبو محمد الجرزي، وحمزة النصيبي، ولم أعرفه وبقية رجاله رجال الصحيح. قلت: أما أبو محمد الجزرى، فأظنه حمزة بن أبي حمزة النصيبي، وهو تالف كما في الحديث (81) والله أعلم.
وله شاهد من حديث ابن عمر رضي الله عنهما. أخرجه الخطيب (8/ 379) من طريق لاحق بن الحسين بن عمران بن أبي الورد، حدثنا أبو سليمان داود بن سليمان الأصبهاني قدم بغداد حدثنا أبو الصلت سهل بن إسماعيل المرادي، حدثنا مالك بن أنس، عن الزهري، عن سالم بن عبد الله، عن أبيه مرفوعاً. قال الخطيب: حديث باطل عن مالك ومن فوقه، وكان لاحق غير ثقة.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (11/215/11539), dan al-Hakim (4/100) melalui sanad Mu’tamir bin Sulayman, katanya aku telah mendengar ayahku menceritakan daripada Hanash daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ hadith tersebut. Al-Haythami berkata dalam al-Majma’ (4/205): "Dalam sanadnya terdapat Hanash, beliau seorang yang Matruk, Abu Mihsan menyangka bahawa Hanash seorang syeikh yang bersikap benar".
Saya berkata: Hanash adalah gelaran kepada Husain bin Qais al-Rahabi, beliau telah ditinggalkan oleh sekumpulan ulama. Bahkan Ahmad menilai beliau sebagai pendusta. Penyaksian Abu Mihsan terhadap Hanash tidak memberikan apa-apa manfaat. Oleh sebab itu, adalah pelik apabila al-Hakim berkata: "Hadith yang sahih sanadnya".
Namun, Husain tidak bersendirian meriwayatkan hadith tersebut. Bahkan, beliau telah disokong oleh Ibrahim bin Abi ‘Ulbah daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’: "Sesiapa yang membantu orang zalim dengan kebatilan, supaya dia dapat melenyapkan kebenaran melalui kebatilannya, maka dia telah terlepas daripada tanggungan Allah SWT dan tanggungan RasulNya SAW. Dan sesiapa yang memakan satu dirham daripada hasil riba, maka sama seperti dia melakukan 33 kali penzinaan. Sesiapa yang daingnya terbina daripada yang haram, maka neraka lah yang layak untuknya". Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (1/191/2), juga dalam al-Saghir (1/82), dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/328) melalui sanad Sa’id bin Rahman al-Massisi, katanya Muhammad bin Humair telah menceritakan kepada kami daripada Ibrahim bin Abi ‘Ulbah dengan sanadnya.
Al-Tabarani berkata: "Tidak ada yang meriwayatkannya daripada Ibrahim bin Abi ‘Ulbah, – nama Abu ‘Ulbah adalah Shimr. dikatakan juga namanya Tarkhan. Namun, sebetulnya Shimr,- kecuali Muhammad bin Humair. Sa’id bin Rahman telah bersendirian meriwayatkan hadith tersebut". Saya berkata: Muhammad bin Humair telah dinilai thiqah oleh Ibn Ma’in dan Duhaim. Abu Hatim pula ada mempertikaikan beliau dengan pertikaian yang tidak banyak menjejaskan beliau, insya allah. Adapun Sa’id bin Rahman pula, Ibn Hibban berkata berkenaan beliau: "Tidak harus berhujjah dengan riwayat beliau kerana riwayata-riwayat beliau bercanggah dengan riwayat perawi-perawi yang lebih kuat". Al-Zahabi membawakan hadith ini sebagai sebahagian hadith-hadith munkar Sa’id. Sa’id bin Rahmah telah disokong oleh Khasif, daripada ‘Ikrimah. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Khatib (6/76), telah berlalu hadith yang sebelum ini.
‘Amru bin Dinar turut telah meriwayatkannya daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’: "Sesiapa yang membantu dengan cara yang batil supaya kebenaran lenyap disebabkan kebatilannya itu, maka dia telah terlepas daripada tanggungan Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berjalan menuju Sultan Allah untuk menghinakannya, maka Allah pasti akan membalas kehinaan kepadanya bersama apa yang dia pendamkan, berupa kehinaan pada hari Kiamat. Sultan Allah bermaksud Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Dan sesiapa yang dipertanggungjawabkan mengurus mana-mana urusan umat Islam, lalu dia melantik seseorang untuk menguruskan mereka, dalam keadaan dia mengetahui bahawa dalam kalangan mereka masih ada yang lebih layak untuk menjawatnya dan lebih tahu berbandingnya tentang Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, maka dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya, serta semua orang mukmin. Sesiapa yang mengabaikan keperluan-keperluan orang ramai, maka Allah tidak akan melihat kepada keperluannya hinggalah dia melunaskan keperluan-keperluan mereka dan menunaikan hak mereka. Sesiapa yang memakan satu dirham daripada hasil riba, maka ianya seperti melakukan 33 kali penzinaan. Dan sesiapa yang dagingnya tumbuh daripada hasil haram, maka nerakalah yang lebih layak untuknya". Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (11/114/11216), juga oleh al-Shajari dalam al-Amali (2/229) melalui al-Tabarani, daripada sanad Abu Muhammad al-Jazari, beliau adalah Hamzah al-Nasibi daripada ‘Amr bin Dinar.
Al-Haythami (5/212) berkata: "Dalam sanadnya terdapat Abu Muhammad al-Jazari, iaitu Hamzah al-Nasibi, saya tidak mengenali beliau. Manakala, perawi-perawi yang lain adalah perawi-perawi sahih". Saya berkata: Abu Muhammad al-Jazari, saya beranggapan beliau adalah Hamzah bin Abi Hamzah al-Nasibi, beliau seorang Talif (perosak hadith) sebagaimana dalam hadith (81). Wallahua’lam.
Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Ibn ‘Umar RA. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Khatib (8/379) melalui sanad Lahiq bin al-Husain bin ‘Imran bin Abi al-Warad, katanya Abu Sulayman Daud bin Sulayman al-Asbahani – kemudian pergi ke Baghdad -, telah menceritakan kepada kami, katanya Abu al-Salt Sahl bin Isma’il al-Muradi telah menceritakan kepada kami, katanya Malik bin Anas telah menceritakan kepada kami daripada al-Zuhri daripada Salim bin ‘Abdillah daripada ayahnya secara marfu’. Al-Khatib berkata: "Hadith yang batil daripada Malik dan perawi-perawi atas beliau. Lahiq seorang yang tidak thiqah".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs