TEKS BAHASA ARAB
من أعان تارك الصلاة بلقمة فكأنما أعان على قتل الأنبياء كلهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang membantu orang yang meninggalkan solat, dia seperti membantu membunuh semua para Nabi.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في الذيل «من أعان تارك الصلاة بلقمة فكأنما أعان على قتل الأنبياء كلهم» موضوع رتني.
Dalam kitab al-Zayl menyebut:
“Sesiapa yang membantu orang yang meninggalkan solat, dia seperti membantu membunuh semua para Nabi.”
Hadith ini adalah hadith yang palsu rekaan Ratan al-Hindi.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.