Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membantu orang yang dizalimi, Allah SWT menulis baginya tujuh puluh tiga pengampunan

Teks Bahasa Arab

حديث: من أغاث ملهوفا كتب الله له ثلاثا وسبعين مغفرة واحدة منها: فيها صلاح أمره كله واثنتان وسبعون درجات يوم القيامة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang membantu orang yang dizalimi, Allah SWT menulis baginya tujuh puluh tiga pengampunan. Salah satu darinya ialah semua urusannya baik dan tujuh puluh dua lagi darjat pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 74, hadis no. 29. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا والمتهم بوضعه: زياد بن أبي حسان. وأخرجه من طريقه البيهقي وقال: تفرد به ورواه ابن عساكر من غير طريقه.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan Ziyad bin Abi Hassan adalah perawi yang dituduh memalsukan hadith. al-Baihaqi turut meriwayatkan melalui jalan al-‘Uqayli, al-Baihaqi berkata: Beliau bersendirian. Ibn Asakir turut meriwayatkan selain daripada jalan al-Baihaqi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.