Sesiapa yang membantu ahli keluarganya pada Hari 'Asyura

TEKS BAHASA ARAB

من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته .

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membantu ahli keluarganya pada Hari ‘Asyura, maka Allah SWT mempermudahkan urusannya pada tahun tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 908, hadis nombor 4645. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته. [هق, هب, حب, عد, عق, طب, ابن الجوزي في العلل والموضوعات, الشجري, الضعيفة (6824)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membantu ahli keluarganya pada Hari ‘Asyura, maka Allah SWT mempermudahkan urusannya pada tahun tersebut. [Al-Baihaqi di dalam Al-Sunan Al-Kubra, Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Sahih Ibn Hibban, Ibn ‘Addi di dalam Al-Kamil Fi Al-Dhuafa’, Al-‘Uqailiy di dalam Al-Dhuafa’ Al-Kabir, Al-Tabrani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, Ibn Al-Jauzi di dalam Al-‘Ilal dan Al-Mawdhu’at, Al-Shijriy, Al-Dhaifah no. 6824]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs