Sesiapa yang membaikkan solat ketika di hadapan manusia tetapi solatnya menjadi buruk ketika bersendirian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أحسن الصلاة حيث يراه الناس، وأساء حين يخلو؛ فتلك استهانة يستهين بها ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaikkan solat ketika di hadapan manusia tetapi solatnya menjadi buruk ketika bersendirian, itulah penghinaan yang diberikan kepada tuhannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 490, hadis nombor 2632. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أحسن الصلاة حيث يراه الناس، وأساء حين يخلو؛ فتلك استهانة يستهين بها ربه)). [عب، ع، الجرجاني ((الضراب في ذم الرياء في الأعمال))، هق، ((الضعيفة)) (4537)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaikkan solat ketika di hadapan manusia tetapi solatnya menjadi buruk ketika bersendirian, itulah penghinaan yang diberikan kepada tuhannya.
[Riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam Musannafnya, Abu Ya'la dalam Musnadnya, al-Jurjani dalam al-Darab fi Zamm al-Riya' fi al-A'mal, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4537]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.