Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membacanya ketika dia hendak berbaring di tempat tidurnya, Allah akan memberi keamanan pada rumahnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ؛ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا الْمَوْتُ، وَمَنْ قَرَأَهَا حِينَ يَأْخُذُ مَضْجَعَه؛ أمَّنَه اللهُ عَلَى دَارِهِ وَدَارِ جَارِهِ، وَالدُّوَيْرَاتِ حَوْلَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada penghujung setiap solat, tidak ada yang menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kematian. Manakala sesiapa yang membacanya ketika dia hendak berbaring di tempat tidurnya, Allah akan memberi keamanan pada rumahnya, rumah jirannya dan rumah-rumah kecil di sekelilingnya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 341-342, hadis no. 1791. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: ((مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ؛ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا الْمَوْتُ، وَمَنْ قَرَأَهَا حِينَ يَأْخُذُ مَضْجَعَه؛ أمَّنَه اللهُ عَلَى دَارِهِ وَدَارِ جَارِهِ، وَالدُّوَيْرَاتِ حَوْلَهُ)). [هب، ((الضعيفة)) (6174)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada penghujung setiap solat, tidak ada yang menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kematian. Manakala sesiapa yang membacanya ketika dia hendak berbaring di tempat tidurnya, Allah akan memberi keamanan pada rumahnya, rumah jirannya dan rumah-rumah kecil di sekelilingnya." [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6174].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.