Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ ليلة النصف من شعبان ألف مرة {قل هو الله أحد} الحديث بطوله، وفيه بعث الله إليه ألف ملك يبشرونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali pada malam nisfu Syaaban… (hadisnya panjang), dan padanya dinyatakan bahawa Allah akan mengutus kepadanya 1000 malaikat untuk menyampaikan khabar gembira.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 188, hadis nombor 586. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال: والعجب ممن شم رائحة العلم بالسنة أن يغتر بمثل هذا الهذيان ونقله.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Ajaibnya, orang yang telah mencium bau ilmu tentang sunnah pun boleh terpedaya dengan semisal halusinasi ini dan menukilkannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs