Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ {يس} في ليلة ابتغاء وجه الله، غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1964, hadis nombor 9820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال صلى الله عليه وسلم: من قرأ {يس} في ليلة ابتغاء وجه الله، غفر له.
[الدرامي، الطيالسي، ابن السني، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عق، ع، عد، طس، طص، حل، حب، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6623)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya.
[Riwayat al-Darimi, al-Tayalisi, Ibn al-Sunni, al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir, Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Mu‘jam al-Saghir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6623]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs