Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأَ {يس} في ليلةٍ ابتغاءَ وجهِ اللهِ، غُفرَ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1964, hadis no. 9820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: من قرأ {يس} في ليلة ابتغاء وجه الله، غفر له. [الدرامي، الطيالسي، ابن السني، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، عق، ع، عد، طس، طص، حل، حب، خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6623)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada waktu malam demi mendapat keredaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya. [Riwayat al-Darimi, al-Tayalisi, Ibn al-Sunni, al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir, Abu Ya‘la dalam Musnadnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Mu‘jam al-Saghir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6623]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman