Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca surah Maryam

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من قَرَأَ سُورَة مَرْيَم أعطي من الْأجر عشر حَسَنَات بِعَدَد من صدق بزكريا، وَكذب بِهِ وبيحيى، وَمَرْيَم وَعِيسَى وَإِبْرَاهِيم ومُوسَى وَهَارُون وَإِسْحَاق وَيَعْقُوب وَإِسْمَاعِيل وَإِدْرِيس، وَبِعَدَد من دَعَا لله ولدا، وَبِعَدَد من لم يدع لله تَعَالَى ولدا: وَهَكَذَا.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang membaca surah Maryam akan dikurniakan sepuluh pahala bersamaan dengan bilangan orang yang membenarkan Nabi Zakaria dan mendustakan beliau serta Nabi Yahya, Maryam, Isa, Ibrahim, Musa, Harun, Ishaq, Ya’qub, Ismail, Idris dan bilangan orang yang menetapkan anak bagi Allah, dan bilangan orang yang tidak menetapkan anak bagi Allah dan demikianlah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 196, hadis no. 609. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ولم أبسط أكثر من هذا خوف الإطالة، وقد اعترف بوضعها واضعها، وقال: قصدت أن أشغل الناس بالقرآن عن غيره، وهذا ليس بكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم، بل له. وما درى المسكين أنه استحق النار بحديث الصادق المختار حيث قال عليه ما لم يقل فقد كذب عليه، ومن كذب عليه فليتبوأ بيتا من جهنم.

Aku tidak menyebut lebih daripada ini kerana bimbang terlalu panjang. Pemalsu hadis ini telah mengaku memalsukannya. Beliau berkata: Aku bermaksud hendak menyibukkan manusia dengan al-Quran berbanding yang lain. Ini bukan berdusta kepada nabi, akan tetapi berdusta untuk (kepentingan) Baginda. Orang ini tidak tahu bahawa beliau diancam neraka menerusi hadis baginda yang mengatakan: Siapa yang mengatakan sesuatu yang aku katakan, maka dia telah berdusta. Siapa yang berdusta ke atasnya, maka bersiaplah menerima rumahnya di neraka.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.