TEKS BAHASA ARAB
حديث: من قرأ سورة آل عمران أعطي بكل آية منها أمانا على جسر جهنم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang membaca surah Ali ‘Imran, maka dia dikurniakan dengan setiap ayatnya keamanan ketika di atas jambatan neraka jahannam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 196, hadis nombor 608. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فهو من الأحاديث الموضوعة عن أبي بن كعب في فضائل السور، فليتنبه لذلك ويحذر منه. انتهى.
Ia adalah termasuk hadith-hadith palsu daripada Ubay bin Kaab berkenaan kelebihan al-Quran. Hendaklah perkara ini diambil perhatian dan diwaspadai. Tamat.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.