Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَداً.

Teks Bahasa Melayu

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa oleh kefakiran selama-lamanya".

Sahabat Perawi

  1. Ibn Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 74, hadis no. 426. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Turut diriwayatkan melalui hadith Ibn 'Abbas dalam riwayat al-Dailami. Dalam sanadnya terdapat Ahmad bin 'Umar al-Yamani, pendusta. Juga diriwayatkan melalui hadith Anas di sisi Abu al-Shaikh, juga dalam sanadnya terdapat 'Abdul Quddus bin Habib, seorang perawi matruk. Penulis (al-Suyuti) telah menilai palsu terhadap kedua-duanya. Juga terdapat hadith Ibn Mas'ud yang turut diriwayatkan oleh al-Harith bin Abu Usamah, dalam sanadnya terdapat Shuja' tanpa disebutkan penisbahan, beliau seorang perawi yang majhul (tidak dikenali) , beliaulah punca masalah hadith tersebut.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.