Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah al-Nas

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ بعد صلاة الجمعة (قل هو الله أحد) و (قل أعوذ برب الفلق) و (قل أعوذ برب الناس) سبع مرات؛ أجاره الله بها من السوء إلى الجمعة الأخرى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah al-Nas sebanyak tujuh kali setelah solat Jumaat, maka Allah akan menyelamatkannya daripada sebarang keburukan sehinggalah kepada hari Jumaat yang mendatang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 295, hadis nombor 1555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((من قرأ بعد صلاة الجمعة (قل هو الله أحد) و (قل أعوذ برب الفلق) و (قل أعوذ برب الناس) سبع مرات؛ أجاره الله بها من السوء إلى الجمعة الأخرى)).
[ابن السني، ابن شاهين، أبو محمد المخلدي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4129)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah al-Nas sebanyak tujuh kali setelah solat Jumaat, maka Allah akan menyelamatkannya daripada sebarang keburukan sehinggalah kepada hari Jumaat yang mendatang.
[Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Shahin dan Abu Muhammad al-Makhladi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4129]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs