Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأَ بعد صلاةِ الجمعةِ { قل هو الله أحد } و{ قل أعوذ برب الفلق } و{ قل أعوذ برب الناس } سبعَ مراتٍ ؛ أجاره اللهُ بها من السوءِ إلى الجمعةِ الأُخرى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah al-Nas sebanyak tujuh kali setelah solat Jumaat, maka Allah akan menyelamatkannya daripada sebarang keburukan sehinggalah kepada hari Jumaat yang mendatang.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 295, hadis no. 1555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((من قرأ بعد صلاة الجمعة (قل هو الله أحد) و (قل أعوذ برب الفلق) و (قل أعوذ برب الناس) سبع مرات؛ أجاره الله بها من السوء إلى الجمعة الأخرى)). [ابن السني، ابن شاهين، أبو محمد المخلدي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4129)]
(Daif) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah al-Nas sebanyak tujuh kali setelah solat Jumaat, maka Allah akan menyelamatkannya daripada sebarang keburukan sehinggalah kepada hari Jumaat yang mendatang. [Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Shahin dan Abu Muhammad al-Makhladi dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4129]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman