Sesiapa yang membaca seribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan golongkan dia bersama para anbiya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ ألف أية في سبيل الله كتبه الله مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca seribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan golongkan dia bersama para anbiya’, orang-orang yang benar, para syuhada (yang mati syahid) dan orang-orang yang soleh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis nombor 5215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عن معاذ الجهني رضي الله عنه : من قرأ ألف أية في سبيل الله كتبه الله مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين. [ع, ك, هق, الضعيفة (5207)]

(Munkar) Daripada Mu’az al-Juhaniy RA: Sesiapa yang membaca seribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan golongkan dia bersama para anbiya’, orang-orang yang benar, para syuhada (yang mati syahid) dan orang-orang yang soleh. [Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, al-Dha’ifah, no. 5207].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs