Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ قرأ ألفَ آيةٍ في سبيلِ اللهِ كتبهُ اللهُ مع النبيينَ والصدّيقينَ والشهداءِ والصالحينَ
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca seribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan golongkan dia bersama para anbiya’, orang-orang yang benar, para syuhada (yang mati syahid) dan orang-orang yang soleh.
Sahabat Perawi
- Muaz al-Juhaniy RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis no. 5215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عن معاذ الجهني رضي الله عنه : من قرأ ألف أية في سبيل الله كتبه الله مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين. [ع, ك, هق, الضعيفة (5207)]
(Munkar) Daripada Mu’az al-Juhaniy RA: Sesiapa yang membaca seribu ayat di jalan Allah, maka Allah akan golongkan dia bersama para anbiya’, orang-orang yang benar, para syuhada (yang mati syahid) dan orang-orang yang soleh. [Abu Ya’la dalam Musnad beliau, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, al-Dha’ifah, no. 5207].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman