Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قَرَأَ بعد صَلاةِ الجُمعةِ ((قل هو الله أحد)) و((قل أعوذ برب الفلق)) و((قل أعوذ برب الناس)) سبعَ مرَّاتٍ؛ أَجَاره اللهُ بها مِن السوءِ إلى الجمعةِ الأخرى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca selepas solat Jumaat surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas sebanyak tujuh kali, Allah jauhkan dia kerana surah-surah tersebut daripada keburukan hingga Jumaat yang lain.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1485, hadis no. 7586. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((من قرأ بعد صلاة الجمعة ((قل هو الله أحد)) و ((قل أعوذ برب الفلق)) و ((قل أعوذ برب الناس)) سبع مرات؛ أجاره الله بها من السوء إلى الجمعة الأخرى)). [ابن السني، ابن شاهين، المخلدي في ((الفوائد))، الخلال في ((فضائل سورة الإخلاص))، ((الضعيفة)) (4129)]
(Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca selepas solat Jumaat surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas sebanyak tujuh kali, Allah jauhkan dia kerana surah-surah tersebut daripada keburukan hingga Jumaat yang lain. [Riwayat Ibn al-Sunni, Ibn Shahin, al-Makhladi dalam ((al-Fawaid)) dan al-Khallal dalam ((Fadhail Surah al-Ikhlas)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4129]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman