Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali pada

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ قَرَأَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَلْفَ مَرَّةٍ {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} الْحَدِيثُ بِطُولِهِ وَفِيْهِ بَعَثَ اللَهُ إِلَيْهِ مئة مَلَكٍ يُبشِّرُونَهُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali pada malam nisfu Syaaban… (hadisnya panjang) antaranya disebutkan bahawa Allah akan mengutus kepadanya 100 malaikat untuk menyampaikan khabar gembira

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata pentakhrijnya حفظه الله:

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah hadis tentang kelebihan solat malam nisfu Syaaban. Seperti hadis:….

…. Sungguh ajaib bagi orang yang mempelajari sunnah tetapi telah terpedaya dengan hadis seperti ini malah mengamalkan solat ini. Solat ini ternyata jelas dipalsukan dalam Islam setelah 400 tahun dan bermula berkembang di Baitul Maqdis kemudian dipalsukan sejumlah hadis lain lagi.
مَنْ قَرَأَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَلْفَ مَرَّةٍ {قُلْ هُوَ اللَهُ أَحَدٌ} الْحَدِيثُ بِطُولِهِ وَفِيْهِ بَعَثَ اللَهُ إِلَيْهِ مئة مَلَكٍ يُبشِّرُونَهُ
“Sesiapa yang membaca Qul Huwallahu Ahad sebanyak 1000 kali pada malam nisfu Syaaban… (hadisnya panjang) antaranya disebutkan bahawa Allah akan mengutus kepadanya 100 malaikat untuk menyampaikan khabar gembira”
——————————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh ad-Dailami di dalam Musnadnya seperti di dalam : al-Lali’ al-Masnu’ah (2/59) dan Ibnu Jauzi di dalam Al-Maudhu’at (2/442). Rujuk: al-Asrar al-Marfu’ah (ms 440) dan al-Athar al-Marfu’ah (ms 308).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon