Sesiapa yang membaca pada waktu fajar (surah al-Syarḥ)

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في الفجر بـ {ألم نشرح}، و {ألم تر كيف}؛ لم يرمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca pada waktu fajar {ألم نشرح} (surah al-Syarḥ) dan {ألم تر كيف} (surah al-Fīl), maka dia tidak akan terkena sakit mata.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له) ((من قرأ في الفجر بـ {ألم نشرح}، و {ألم تر كيف}؛ لم يرمد)).
[((الضعيفة)) (67)]

(Tiada asal baginya) Sesiapa yang membaca pada waktu fajar {ألم نشرح} (surah al-Syarḥ) dan {ألم تر كيف} (surah al-Fīl), maka dia tidak akan terkena sakit mata.
[Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 67]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs