Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ فِي الْفَجْرِ بِ {أَلَمْ نَشْرَحْ} وَ {أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ} لَمْ يَرْمَدْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca pada waktu fajar surah al-Inshirah dan surah al-Fil, dia tidak akan mengalami sakit mata.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 93, hadis no. 441. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا أصل له، وإن حكيت تجربته، وكذا قراءة سورة القدر عقب الوضوء: لا أصل لها، وإن أورد ذلك في المقدمة المنسوبة لأبي الليث.
Tidak ada asalnya sekalipun diceritakan tentang pengalaman melakukannya. Demikian juga bacaan surah al-Qadr selepas berwudhu', tidak ada asalnya sekalipun amalan tersebut disebutkan dalam satu muqaddimah yang dinisbahkan kepada Abu al-Laith.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman