Sesiapa yang membaca pada setiap hari: Maha Suci Zat yang sentiasa berdiri sendiri

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال كل يوم مرة: سبحان القائم الدائم، سبحان الحي القيوم، سبحان الحي الذي لا يموت، سبحان الله العظيم وبحمده، سبوح قدوس، رب الملائكة والروح، سبحان ربي العلي الأعلى، سبحانه وتعالى؛ لم يمت حتى يرى مكانه من الجنة، أو يرى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca pada setiap hari: Maha suci zat yang sentiasa berdiri sendiri, Maha Suci yang tetap hidup yang kekal selama-lamanya mentadbirkan, Maha Suci yang Maha Hidup yang tidak mati, Maha suci Allah yang Maha Agung dan pujian bagi-Nya, Maha Mulia lagi Maha Suci, penguasa malaikat-malaikat dan roh (Jibril), Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi setinggi-tingginya; nescaya dia tidak akan mati sehinggalah dia mengetahui kedudukannya di dalam syurga atau diperlihatkan ia kepadanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2061, hadis nombor 10352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال كل يوم مرة: سبحان القائم الدائم، سبحان الحي القيوم، سبحان الحي الذي لا يموت، سبحان الله العظيم وبحمده، سبوح قدوس، رب الملائكة والروح، سبحان ربي العليِّ الأعلى، -سبحانه وتعالى-؛ لم يَمُت حتى يَرَى مكانه من الجنة، أو يُرَى له.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6293)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca pada setiap hari: Maha suci zat yang sentiasa berdiri sendiri, Maha Suci yang tetap hidup yang kekal selama-lamanya mentadbirkan, Maha Suci yang Maha Hidup yang tidak mati, Maha suci Allah yang Maha Agung dan pujian bagi-Nya, Maha Mulia lagi Maha Suci, penguasa malaikat-malaikat dan roh (Jibril), Maha Suci Tuhan yang Maha Tinggi setinggi-tingginya; nescaya dia tidak akan mati sehinggalah dia mengetahui kedudukannya di dalam syurga atau diperlihatkan ia kepadanya.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6293]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.