Sesiapa yang membaca: Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال: (سبحان الله وبحمده)، كان مثل مئة رقبة تعتق؛ إذا قالها مئة مرة، ومن قال: (الحمد لله) مئة مرة؛ كان عدل مئة فرس مسرج ملجم في سبيل الله، ومن قال: (الله أكبر) مئة مرة، كان عدل مئة بدنة تنحر بمكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca: (Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya), ganjarannya umpama memerdekakan 100 orang hamba sekiranya dia membacanya 100 kali. Dan Sesiapa yang membaca: (Segala puji bagi Allah) sebanyak 100 kali, ganjarannya bersamaan (infak) 100 ekor kuda yang memakai pelana dan dikekang menuju ke jalan Allah. Sesiapa yang membaca: (Allah Maha Besar) sebanyak 100 kali, ganjarannya bersamaan menyembelih 100 ekor unta yang gemuk di Mekah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065, hadis nombor 10375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال: (سبحان الله وبحمده)، كان مثل مئة رقبة تعتق؛ إذا قالها مئة مرة، ومن قال: (الحمد لله) مئة مرة؛ كان عدل مئة فرس مسرج ملجم في سبيل الله، ومن قال: (الله أكبر) مئة مرة، كان عدل مئة بدنة تنحر بمكة.
[طب، ((الضعيفة)) (6619)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca: (Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya), ganjarannya umpama memerdekakan 100 orang hamba sekiranya dia membacanya 100 kali. Dan Sesiapa yang membaca: (Segala puji bagi Allah) sebanyak 100 kali, ganjarannya bersamaan (infak) 100 ekor kuda yang memakai pelana dan dikekang menuju ke jalan Allah. Sesiapa yang membaca: (Allah Maha Besar) sebanyak 100 kali, ganjarannya bersamaan menyembelih 100 ekor unta yang gemuk di Mekah.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6619]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.