Sesiapa yang membaca ketika dia menuju ke tempat tidurnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله علا فقهر، وبطن فخبر، وملك فقدر. الحمد لله الذي يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير، خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca ketika dia menuju ke tempat tidurnya: Segala puji bagi Allah yang meninggi lalu Dia menguasai, Dia meneliti lalu Dia memberi khabar, Dia menguasai dan Dia menetapkan ketentuan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan serta mematikan, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu; maka dosa-dosanya akan keluar darinya sama seperti hari ibunya melahirkannya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis nombor 1277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء – رضي ا الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله علا فقهر، وبطن فخبر، وملك فقدر. الحمد لله الذي نحيي ويمت، وهو على كل شيء قدير؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه)). [طس، هب، ((الضعيفة)) (6820)]

(Munkar) Daripada Abi al-Darda’ RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ketika dia menuju ke tempat tidurnya: Segala puji bagi Allah yang meninggi lalu Dia menguasai, Dia meneliti lalu Dia memberi khabar, Dia menguasai dan Dia menetapkan ketentuan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan serta mematikan, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu; maka dosa-dosanya akan keluar darinya sama seperti hari ibunya melahirkannya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6820]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.