Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca ketika dia menuju ke tempat tidurnya

Teks Bahasa Arab

من قال إذا أَوَى إلى فراشِهِ : الحمدُ للهِ عَلَا فَقَهَرَ وبَطَنَ فخَبَرَ ومَلَكَ فقَدَرَ . الحمدُ للهِ الذي يُحيي ويُميتُ وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ خرجَ من ذنوبِهِ كيومِ ولدتهُ أمُّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca ketika dia menuju ke tempat tidurnya : Segala puji bagi Allah yang meninggi lalu Dia menguasai, Dia meneliti lalu Dia memberi khabar, Dia menguasai dan Dia menetapkan ketentuan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan serta mematikan, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu; maka dosa-dosanya akan keluar darinya sama seperti hari ibunya melahirkannya.

Sahabat Perawi

  1. Abi al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis no. 1277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء -رضي ا الله عنه-، قال: قال ﷺﷺ: «من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله علا فقهر، وبطن فخبر، وملك فقدر. الحمد لله الذي نحيي ويمتُ، وهو على كل شيء قدير؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه». [طس، هب، الضعيفة» (6820)].

(Munkar) Daripada Abi al-Darda’ ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang membaca ketika dia menuju ke tempat tidurnya : Segala puji bagi Allah yang meninggi lalu Dia menguasai, Dia meneliti lalu Dia memberi khabar, Dia menguasai dan Dia menetapkan ketentuan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan serta mematikan, dan Dia maha berkuasa ke atas setiap sesuatu; maka dosa-dosanya akan keluar darinya sama seperti hari ibunya melahirkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi, al-Dha‘īfah; no. 6820].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.