Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca keseluruhan al-Qur'an, maka dia diberikan keseluruhan kenabian

Teks Bahasa Arab

مَن قرأ رُبْعَ القرآنِ ,فقد أُوتِيَ رُبُعَ النُّبُوَّةِ ,ومَن قرأ ثُلُثَ القرآنِ ,فقد أُوتِىَ ثُلُثَ النُّبُوَّةِ ، ومَن قرأ ثُلُثَيِ القرآنِ, فقد أُوتِيَ ثُلُثَيِ النُّبُوَّةِ ، ومَن قرأ القرآنَ فقد أُوتِيَ النُّبُوَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca 1/4 al-Qur'an, maka diberikan kepadanya 1/4 kenabian, sesiapa yang membaca 1/3 al-Qur'an, maka diberikan kepadanya 1/3 kenabian, sesiapa yang membaca 2/3 al-Qur'an, maka dia diberikan 2/3 kenabian dan sesiapa yang membaca keseluruhan al-Qur'an, maka dia diberikan keseluruhan kenabian.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1404, hadis no. 7119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ ربع القرآن؛ فقد أوتي ربع النبوة، ومن قرأ ثلث القرآن؛ فقد أوتى ثلث النبوة، ومن قرأ ثلثي القرآن؛ فقد أوتي ثلثي النبوة، ومن قرأ القرآن؛ فقد أوتي النبوة. [الأجري في ((آداب حملة القرآن))، ((الضعيفة)) (476)]

(Palsu) Daripada Abi Umamah al-Bahili RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca 1/4 al-Qur'an, maka diberikan kepadanya 1/4 kenabian, sesiapa yang membaca 1/3 al-Qur'an, maka diberikan kepadanya 1/3 kenabian, sesiapa yang membaca 2/3 al-Qur'an, maka dia diberikan 2/3 kenabian dan sesiapa yang membaca keseluruhan al-Qur'an, maka dia diberikan keseluruhan kenabian. [Riwayat al-Ajriy dalam Adab Hamlatu al-Qur’an. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 476]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.