Sesiapa yang membaca Bismillah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من يسمي في وضوئه لم يزل ملكاه يكتبان له الحسنات حتى يحدث من ذلك الوضوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang membaca Bismillah dalam wuduknya, dua malaikatnya akan berterusan menulis untuknya kebaikan sehingga dia berhadas daripada wuduk itu (terbatal).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 203, hadis nombor 635. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: في إسناده ابن علوان المشهور بالوضع.

Ali Qari berkata: Pada sanadnya terdapat Ibn ‘Ulwan terkenal sebagai melakukan pemalsuan hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs