Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca bismillah ketika wudhu

Teks Bahasa Arab

حديث: "من سمى في الوضوء لم يزل ملكان يكتبان له حسنات حتى يحدث من ذلك الوضوء".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: "Sesiapa yang membaca bismillah ketika wudhu, dua malaikat akan sentiasa menulis baginya kebaikan sehingga dia berhadas".

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 12, hadis no. 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن طاهر: فيه ابن علوان المشهور بالوضع.

Ibn Tahir berkata: Pada hadith ini terdapat perawi bernama Ibn ‘Ulwan, dia dikenali sebagai pereka hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.