Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ؛ كَانَ بِمَنْزِلَةِ مَنْ قَاتَلَ عَنْ أَنْبِيَاءِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَتَّى يَسْتَشْهِدَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca ayat Kursi di penghujung setiap solat fardu, sama kedudukannya dengan orang yang berperang mempertahankan para Nabi Allah Azzawajalla sehingga syahid.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328-329, hadis no. 1729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - ﷺ -: ((من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة مكتوبة؛ كان بمنزلة من قاتل عن أنبياء الله عز وجل حتى يستشهد)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5787)].
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi di penghujung setiap solat fardu, sama kedudukannya dengan orang yang berperang mempertahankan para Nabi Allah Azzawajalla sehingga syahid.” [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm Wal-Laylah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5787].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman