TEKS BAHASA ARAB
من قرأ آية الكرسي و{قل هو الله أحد} دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan Qul Huwa Allahu Ahad (al-Ikhlas), setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang menghalang dia dari memasuki syurga kecuali kematian.
STATUS
Batil
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 690, hadis nombor 3548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بذكر: (قل هو الله أحد)) عن أَبَي أُمَامَةَ -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي و{قل هو الله أحد} دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت)). [طب، ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (6012)]
(Batil dengan lafaz “Qul Huwa Allahu Ahad”) Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan Qul Huwa Allahu Ahad (al-Ikhlas), setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang menghalang dia dari memasuki syurga kecuali kematian.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Hajar dalam Nataij al-Afkar. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 6012]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.