Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan Qul Huwa Allahu Ahad (al-Ikhlas)

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ [و{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} ] ‌دُبُرَ ‌كُلِّ ‌صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا الْمَوْتُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan Qul Huwa Allahu Ahad (al-Ikhlas), setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang menghalang dia dari memasuki syurga kecuali kematian.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 690, hadis no. 3548. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بذكر: (قل هو الله أحد)) عن أَبَي أُمَامَةَ -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي و{قل هو الله أحد} دبر كل صلاة مكتوبة لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت)). [طب، ابن حجر في ((نتائج الأفكار))، ((الضعيفة)) (6012)]

(Batil dengan lafaz “Qul Huwa Allahu Ahad”) Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi dan Qul Huwa Allahu Ahad (al-Ikhlas), setiap kali selepas solat fardu, tidak ada yang menghalang dia dari memasuki syurga kecuali kematian.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Hajar dalam Nataij al-Afkar. LIhat Silsilah al-Da’ifah, no. 6012]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.