Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardu, dia akan dipelihara sehingga solat yang seterusnya

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَرَأَ في دُبُرِ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ؛ حُفِظ إلى الصلاة الأخرى، ولا يُحَافِظُ عليها إلا نَبِيٌّ أو صِدِّيقٌ أو شَهِيدٌ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardu, dia akan dipelihara sehingga solat yang seterusnya. Tiada yang melazimi amalan ini melainkan dia seorang nabi atau siddiq atau syahid.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis no. 1793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «مَنْ قَرَأَ في دُبُرِ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ؛ حُفِظ إلى الصلاة الأخرى، ولا يحافظ عليها إلا نبي أو صديق أو شهيد». [هب، «الضعيفة» (6175)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardu, dia akan dipelihara sehingga solat yang seterusnya. Tiada yang melazimi amalan ini melainkan dia seorang nabi atau siddiq atau syahid”. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6175].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.