Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ؛ خَرَقَتْ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ، فَلَمْ يَلْتَئِمْ خَرْقُهَا حَتَّى يَنْظُرَ الله عَزَّ وَجَلَّ إِلَى قَائِلِهَا فَيَغْفِرُ لَهُ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ مَلَكًا، فَيَكْتُبُ حَسَنَاتِهِ، وَيُمْحِي سَيِّئَاتِهِ إِلى الْغَدِ مِنْ تِلْكَ السَّاعَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada penghujung setiap solat, ayat itu akan membelah tujuh petala langit. Belahan itu tidak akan bercantum semula sehinggalah Allah melihat kepada orang yang membacanya dan mengampuninya. Kemudian Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya, lalu dia menulis pahalanya dan memadamkan dosanya sehinggalah keesokan harinya bermula dari waktu itu.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis no. 1792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه -، مرفوعًا: «مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ؛ خَرَقَتْ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ، فَلَمْ يَلْتَئِمْ خَرْقُهَا حَتَّى يَنْظُرَ الله عَزَّ وَجَلَّ إِلَى قَائِلِهَا فَيَغْفِرُ لَهُ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ مَلَكًا، فَيَكْتُبُ حَسَنَاتِهِ، وَيُمْحِي سَيِّئَاتِهِ إِلى الْغَدِ مِنْ تِلْكَ السَّاعَةِ». [عد، «الضعيفة» (6173)].
(Palsu) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada penghujung setiap solat, ayat itu akan membelah tujuh petala langit. Belahan itu tidak akan bercantum semula sehinggalah Allah melihat kepada orang yang membacanya dan mengampuninya. Kemudian Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya, lalu dia menulis pahalanya dan memadamkan dosanya sehinggalah keesokan harinya bermula dari waktu itu”. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6173].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman