Sesiapa yang membaca al-Quran, maka telah terangkat ciri kenabian di antara dua bahunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca al-Quran, maka telah terangkat ciri kenabian di antara dua bahunya. Kecuali tidak diwahyukan sahaja kepadanya. Tidak seharusnya bagi seorang penghafal al-Qur’an mengikut rasa hati sebagaimana mereka yang sering mengikut rasa hati (seperti menginginkan dunia, tamak, marah dan sombong). Dan dia tidak boleh melakukan suatu perkara yang bodoh bersama dengan mereka yang bodoh sedangkan di dalam dirinya ada kalam Allah Ta’ala.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis nombor 1168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو العاص – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى)). [ك، هب، البيهقي في ((الأسماء))، ((الضعيفة)) (5118)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca al-Quran, maka telah terangkat ciri kenabian di antara dua bahunya. Kecuali tidak diwahyukan sahaja kepadanya. Tidak seharusnya bagi seorang penghafal al-Qur’an mengikut rasa hati sebagaimana mereka yang sering mengikut rasa hati (seperti menginginkan dunia, tamak, marah dan sombong). Dan dia tidak boleh melakukan suatu perkara yang bodoh bersama dengan mereka yang bodoh sedangkan di dalam dirinya ada kalam Allah Ta’ala.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Baihaqi dalam al-Asma’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5118]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.