Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأ القرآنَ، فقد استدرج النبوةَ بين جنبَيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحبِ القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهلُ مع من جهل وفي جوفِه كلامُ اللهِ تعالى .
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca al-Quran, maka telah terangkat ciri kenabian di antara dua bahunya. Kecuali tidak diwahyukan sahaja kepadanya. Tidak dikehendaki bagi seseorang yang membaca al-Quran itu untuk dia marah bersama dengan orang yang marah. Dan dia tidak boleh melakukan suatu perkara yang bodoh bersama dengan mereka yang bodoh sedangkan di dalam dirinya ada kalam Allah Ta’ala.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 220, hadis no. 1168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو العاص - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من قرأ القرآن؛ فقد استدرج النبوة بين جنبيه؛ غير أنه لا يوحى إليه، لا ينبغي لصاحب القرآن أن يجد مع من وجد، ولا يجهل مع من جهل وفي جوفه كلام الله تعالى)). [ك، هب، البيهقي في ((الأسماء))، ((الضعيفة)) (5118)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca al-Quran, maka telah terangkat ciri kenabian di antara dua bahunya. Kecuali tidak diwahyukan sahaja kepadanya. Tidak dikehendaki bagi seseorang yang membaca al-Quran itu untuk dia marah bersama dengan orang yang marah. Dan dia tidak boleh melakukan suatu perkara yang bodoh bersama dengan mereka yang bodoh sedangkan di dalam dirinya ada kalam Allah Ta’ala. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Baihaqi dalam al-Asma’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5118]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman