Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قرأ القرآنَ فهو غنيٌّ لا فقرَ بعدَه والأمانةُ غِنَى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca al-Quran, maka dia seorang yang kaya dan tidak ada kefakiran selepas itu. Sifat amanah itu ialah satu kekayaan.
Sahabat Perawi
- Al-Hasan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 135, hadis no. 675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسن قال: قال رسول اللہ ﷺ: من قرأ القرآن؛ فهو غني لا فقر بعده والأمانة غنى. [من، الضعيفة (6460)].
(Daif) Daripada al-Ḥasan RA telah berkata: Sesiapa yang membaca al-Quran, maka dia seorang yang kaya dan tidak ada kefakiran selepas itu. Sifat amanah itu ialah satu kekayaan. [Riwayat Sa‘īd ibn Manṣūr dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6460)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman