Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ خلفَ الإمامِ فلا صلاةَ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca (al-Quran) di belakang imam, maka tiada solat baginya.
Sahabat Perawi
- Zayd bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355, hadis no. 1886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن زيد بن ثابت - رضي الله عنه - عن النبي ﷺ قال: «من قرأ خلف الإمام فلا صلاة له». [ابن حبان في «المجروحين»، ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (993)].
(Batil) Daripada Zayd bin Thabit RA, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: "Sesiapa yang membaca (al-Quran) di belakang imam, maka tiada solat baginya". [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin dan Ibn al-Jawzi dalam al-‘Ilal al-Mutanahiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 993].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman