Sesiapa yang mematahkan suatu hati, maka hendaklah dia memulihkannya semula

TEKS BAHASA ARAB

من كسر قلبا فعليه جبره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mematahkan suatu hati, maka hendaklah dia memulihkannya semula.

STATUS

Tidak diketahui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 92, hadis nombor 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "من كسر قلبا فعليه جبره".
قال ابن تيمية: هذا أدب من الآداب، وليس اللفظ معروفا عن النبي صلى الله عليه وسلم، وكثير من الكلام يكون معناه صحيحا، لكن لا يمكن أن يقال عن النبي ما لم يقل.

Dan hadis: "Sesiapa yang mematahkan suatu hati, maka hendaklah dia memulihkannya semula".
Ibn Taimiyyah telah berkata: Ini merupakan satu adab daripada adab-adab dan bukannya satu lafaz yang diketahui daripada Nabi SAW, sedangkan banyak kata-kata yang maknanya itu sahih, tetapi tidak boleh dikatakan daripada Nabi sesuatu yang baginda tidak pernah sebutkan.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs