Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ دَخَلَ المقَابِر فَقَرَأَ سُورَة يس خفَّف عَنهم يَومَئِذ وكَانَ لَهُ بِعَدَد مَن فِيهَا حَسَنَات.
Teks Bahasa Melayu
Daripada Anas bin Mālik daripada Nabi s.a.w sabdanya: Sesiapa yang memasuki perkuburan lantas membaca Surah Yasin, akan diringankan kepada mereka pada hari itu dan dikurniakan kepadanya sebilangan kebaikan sebanyak orang yang meninggal dalam kubur itu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai (Penyelia Dr. Faisal Ahmad Shah)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini merupakan salah satu hadis kajian Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai yang diselia oleh Dr. Faisal Ahmad Shah dalam Disertasi Universiti Malaya bertajuk Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan, di halaman 79, hadis no. 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan al-Tha‘labī dalam tafsirnya melalui jalan Muḥammad bin Aḥmad al-Riyāḥī daripada bapanya daripada Ayyūb bin Mudrik daripada bapanya ‘Ubaydah daripada al-Ḥasan daripada Anas bin Mālik dengannya. Pada sanad ini terdapat: 1. Ayyūb bin Mudrik Abū ‘Amral-Ḥanafī al-Yamāmī kemudian al-Dimashqī: Ibn Ma‘īn mendustakannya. Abū Zur‘ah, Ya‘qūb bin Sufyān, Ibn ‘Adī, Abū Ḥātim, al-Nasāie dan al-Dāruquṭnī menyatakannya matrūk. 2. Abū ‘Ubaydah daripada al-Ḥasan: Terdapat kecacatan pada beberapa perawi digelar Abū ‘Ubaydah yang meriwayatkan daripada al-Ḥasan antaranya Mujjā‘ah bin al-Zubair al-‘Atikī yang didaifkan oleh Shu‘bah dan selainnya. Manakala menurut Ibn Ma‘īn, majḥul. Hadith ini adalah palsu dan dinyatakan sebagai pembahruan dalam pengurusan jenazah.
Rujukan
Nur Farha Binti Muhammad Faleh Lai. (2020). Hadith Daif Dan Palsu Mengenai Pengurusan Jenazah: Kajian Pengamalan Masyarakat Islam di Tumpat, Kelantan. Universiti Malaya.
Makluman