Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: من طول شاربه في دار الدنيا طول الله ندامته يوم القيامة وسلط عليه بكل شعرة على شاربه شيطانان فإن مات على ذلك الحال لا تستجاب له دعوة ولا تنزل عليه رحمة.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang menyimpan misainya (iaitu membiarkannya menjadi panjang) ketika di dunia, Allah akan memanjangkan kekesalannya pada hari kiamat, dan dua syaitan akan menguasai setiap bulu dari misainya, sekiranya dia mati dalam keadaan tersebut, doanya tidak akan dikabulkan dan tiada rahmat yang akan turun untuknya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 197-198, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع في إسناده: وضاع ومجاهيل.
Hadith ini palsu, dan pada sanadnya terdapat seorang pereka hadith dan beberapa orang perawi yang tidak dikenali.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman