Sesiapa yang memandulkan hambanya, kami akan mandulkan dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من ‌خصى عبده خصيناه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memandulkan hambanya, kami akan mandulkan dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis nombor 4106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من ‌خصى عبده خصيناه)). [د، ن، ك، هق، الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (4592)]

(Lemah) Daripada Samurah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memandulkan hambanya, kami akan mandulkan dia. [Riwayat Abū Daūd dan al-Nasāī dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Ṭayālisī dan Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4592]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.