Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memandikan seorang jenazah

Teks Bahasa Arab

من غَسَّلَ مَيِّتًا فكتمَ عليهِ، طهَّرهُ اللهُ من ذنوبِه.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memandikan seorang jenazah, lalu dia menyembunyikan (keaibannya) maka Allah akan membersihkan dia daripada dosa-dosanya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis no. 820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من غسل ميتا فكتم عليه، طهره الله من ذنوبه. [طب، ((الضعيفة)) (6952)]

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memandikan seorang jenazah, lalu dia menyembunyikan (keaibannya) maka Allah akan membersihkan dia daripada dosa-dosanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6952]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.