Sesiapa yang memandikan jenazah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "مَنْ غَسَّلَ مَيِّتًا فَسَتَرَ عَلَيْهِ وَأَدَّى الأَمَانَةَ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ أَرْبَعِينَ كَبِيرَةً وَمَنْ كَسَا مَيِّتًا كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ سُنْدُسِ الْجَنَّةِ وَإِسْتَبْرَقِهَا وَمَنْ حَفَرَ لَمَيِّتٍ قَبْرًا كَانَ كَمَنْ أَسْكَنَ بَيْتًا إِلَى أَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مَنْ فِي الْقُبُورِ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: "Sesiapa yang memandikan jenazah, menyembunyikan aibnya dan menunaikannya dengan amanah, Allah SWT akan mengampunkan sebanyak empat puluh keampunan yang besar. Sesiapa yang mengkafankan jenazah Allah akan memakaikannya kain sutera halus dan sutera tebal dari syurga. Sesiapa yang menggali kubur untuk jenazah seolah-olah dia menyediakan rumah, sehingga Allah SWT membangkitkan manusia di kubur”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 10, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن أبي هريرة مرفوعا وقال: تفرد به يوسف بن عطية وليس بشيء وقال ابن حبان يقلب الأخبار ويلون المتون الموضوعة بالأسانيد الصحيحة واستدركه السيوطي بأنه قد أخرجه البيهقي من غير طريقه وكذا أخرج أوله ابن ماجه من طريق أخرى

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Daraqutni berkata : Yusuf bin Atiyyah bersendirian dalam meriwayatkannya dan beliau dihukum sebagai laysa bi syai’. Ibn Hibban berkata : Perawi ini menukar-nukar berita dan mencantikkan teks yang palsu dengan sanad yang sahih. Al-Suyuthi memberi komentar berpandangan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi bukan melalui jalan al-Daraqutni, demikian juga Ibn Majah meriwayatkan awal hadith melalui jalan lain.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs