Sesiapa yang memandikan jenazah lalu

TEKS BAHASA ARAB

من غسل ميتا فكتم عليه، غفر الله له أربعين كبيرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memandikan jenazah lalu dia menyembunyikan keaibannya, maka Allah akan mengampunkan empat puluh dosa besar baginya.

STATUS

Syaz Dengan Lafaz كبيرة

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis nombor 821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ: كبيرة)
عن أبي رافع -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من غسل ميتا فكتم عليه، غفر الله له أربعين كبيرة.
[طب، ((الضعيفة)) (6781)]

(Syaz Dengan Lafaz كبيرة)
Daripada Abu Rafi’ RA beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memandikan jenazah lalu dia menyembunyikan keaibannya, maka Allah akan mengampunkan empat puluh dosa besar baginya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6781]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.