TEKS BAHASA ARAB
من غسل ميتا فكتم عليه؛ طهره الله من ذنوبه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memandikan jenazah dan menyembunyikan keaibannya, Allah akan menyucikannya daripada dosa-dosanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2065, hadis nombor 10376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من غسل ميتا فكتم عليه؛ طهره الله من ذنوبه.
[طب، ((الضعيفة)) (6952)]
(Palsu)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memandikan jenazah dan menyembunyikan keaibannya, Allah akan menyucikannya daripada dosa-dosanya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6952]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.