Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَنْ غَسَّلَ مَيِّتًا فَسَتَرَ عَلَيْهِ وَأَدَّى الأَمَانَةَ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ أَرْبَعِينَ كَبِيرَةً وَمَنْ كَسَا مَيِّتًا كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ سُنْدُسِ الْجَنَّةِ وَإِسْتَبْرَقِهَا وَمَنْ حَفَرَ لَمَيِّتٍ قَبْرًا كَانَ كَمَنْ أَسْكَنَ بَيْتًا إِلَى أَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مَنْ فِي الْقُبُورِ"
Teks Bahasa Melayu
Hadith: "Sesiapa yang memandikan jenazah, menyembunyikan aibnya dan menunaikannya dengan amanah, Allah SWT akan mengampunkan sebanyak empat puluh keampunan yang besar. Sesiapa yang mengkafankan jenazah Allah akan memakaikannya kain sutera halus dan sutera tebal dari syurga. Sesiapa yang menggali kubur untuk jenazah seolah-olah dia menyediakan rumah, sehingga Allah SWT membangkitkan manusia di kubur”.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 10, hadis no. 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن أبي هريرة مرفوعا وقال: تفرد به يوسف بن عطية وليس بشيء وقال ابن حبان يقلب الأخبار ويلون المتون الموضوعة بالأسانيد الصحيحة واستدركه السيوطي بأنه قد أخرجه البيهقي من غير طريقه وكذا أخرج أوله ابن ماجه من طريق أخرى
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi). Al-Daraqutni berkata: Yusuf bin Atiyyah bersendirian dalam meriwayatkannya dan beliau dihukum sebagai laysa bi syai’. Ibn Hibban berkata : Perawi ini menukar-nukar berita dan mencantikkan teks yang palsu dengan sanad yang sahih. Al-Suyuthi memberi komentar berpandangan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi bukan melalui jalan al-Daraqutni, demikian juga Ibn Majah meriwayatkan awal hadith melalui jalan lain.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman