Sesiapa yang memandang ke arah saudara seislamnya dengan pandangan yang menakutkannya

TEKS BAHASA ARAB

من نظر إلى مسلم نظرة يخيفه بها؛ أخافه الله يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memandang ke arah saudara seislamnya dengan pandangan yang menakutkannya, nescaya Allah SWT akan memberi ketakutan buatnya pada Hari Kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 38, hadis nombor 146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من بني سليم و عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من نظر إلى مسلم نظرة يخيفه بها؛ أخافه الله يوم القيامة)).
[هب، ((الضعيفة)) (2279)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki dari kalangan Bani Sulaym dan ‘Abdullah Ibn ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memandang ke arah saudara seislamnya dengan pandangan yang menakutkannya, nescaya Allah SWT akan memberi ketakutan buatnya pada Hari Kiamat.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2279]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs