Sesiapa yang memanah anak panah pada jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من رمى بسهم في سبيل الله أخطأ أو أصاب، كان له بمثل رقبة من ولد إسماعيل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memanah anak panah pada jalan Allah sama ada tersasar ataupun tepat, ganjarannya adalah seperti memerdekakan tawanan daripada anak Isma‘il.

STATUS

Munkar dengan Tambahan: Anak Ismail

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2066, hadis nombor 10379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: ((ولد إسماعيل)))
عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من رمى بسهم في سبيل الله أخطأ أو أصاب، كان له بمثل رقبةٍ من ولد إسماعيل.
[طب، ((الضعيفة)) (6615)]

(Munkar Dengan Tambahan: Anak Isma‘il)
Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memanah anak panah pada jalan Allah sama ada tersasar ataupun tepat, ganjarannya adalah seperti memerdekakan tawanan daripada anak Isma‘il.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6615]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs