Munkar dengan Tambahan: Anak Ismail
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من رمى بسهمٍ في سبيلِ اللهِ أخطأ أو أصاب، كان له بمِثلِ رقبةٍ من ولدِ إسماعيلَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memanah anak panah pada jalan Allah sama ada tersasar ataupun tepat, ganjarannya adalah seperti memerdekakan tawanan daripada anak Isma‘il.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan Tambahan: Anak Ismail
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2066, hadis no. 10379. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة: ((ولد إسماعيل))) عن أبي أمامة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من رمى بسهم في سبيل الله أخطأ أو أصاب، كان له بمثل رقبةٍ من ولد إسماعيل. [طب، ((الضعيفة)) (6615)]
(Munkar Dengan Tambahan: Anak Isma‘il) Daripada Abū Umāmah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memanah anak panah pada jalan Allah sama ada tersasar ataupun tepat, ganjarannya adalah seperti memerdekakan tawanan daripada anak Isma‘il. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6615]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman