Sesiapa yang memakan sesuatu yang baik, melakukan amalan-amalan sunat dan manusia aman daripada kejahatannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أكل طيبا، وعمل في سنة، وأمن الناس بوائقه؛ دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakan sesuatu yang baik, melakukan amalan-amalan sunat dan manusia aman daripada kejahatannya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pada hari ini banyak pada manusia? Baginda bersabda: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis nombor 3565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أكل طيبا، وعمل في سنة، وأمن الناس بوائقه؛ دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي)). [هناد في ((الزهد))، ت، ك، طس، المزي، اللالكائي، ((الضعيفة)) (٦٨٥٥)]

(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memakan sesuatu yang baik, melakukan amalan-amalan sunat dan manusia aman daripada kejahatannya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pada hari ini banyak pada manusia? Baginda bersabda: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku. [Riwayat Hannād dalam al-Zuhd, al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Mizzī dalam Tahdhīb al-Kamāl, al-Lālakāi dalam Syarḥ Uṣūl I‘tiqād Ahl al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6855]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.