Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أكلَ طيِّبًا، وعملَ في سُنَّةٍ، وأَمِنَ الناسُ بوائقَه؛ دخلَ الجنةَ. فقال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ! إنَّ هذا اليومَ في الناسِ لكثيرٌ؟ قال: وسيكونُ في قرونٍ بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memakan sesuatu yang baik, melakukan amalan-amalan sunat dan manusia aman daripada kejahatannya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pada hari ini banyak pada manusia? Baginda bersabda: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 694, hadis no. 3565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((من أكل طيبا، وعمل في سنة، وأمن الناس بوائقه؛ دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي)). [هناد في ((الزهد))، ت، ك، طس، المزي، اللالكائي، ((الضعيفة)) (٦٨٥٥)]
(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memakan sesuatu yang baik, melakukan amalan-amalan sunat dan manusia aman daripada kejahatannya, maka dia akan masuk ke dalam syurga. Lalu seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya perkara ini pada hari ini banyak pada manusia? Baginda bersabda: Dan ia akan berlaku pada kurun-kurun selepasku. [Riwayat Hannād dalam al-Zuhd, al-Tirmidhī dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Mizzī dalam Tahdhīb al-Kamāl, al-Lālakāi dalam Syarḥ Uṣūl I‘tiqād Ahl al-Sunnah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6855]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman